Mengapa salahkan musuh?
Bukankah memang begitu kerja dan sifat musuh?

Saya umpamakan seekor nyamuk, sudah Allah jadikan nyamuk itu kerjanya menghisap darah, jadi kerja kita adalah membenteng dirilah. Bukan menyalahkan nyamuk itu, kalau kita marahkan nyamuk itu beerti kita marahkan Allah kerana nyamuk itu ciptaan Allah. Tetapi nyamuk pun pernah Tuhan jadikan sebagai tenteranya untuk membunuh Raja Namrud. Walhal binatang yang Tuhan ciptakan yang tidak punya akal pun tahu berdoa kepada Tuhannya, lagi-lagilah manusia yang Allah kurniakan kelebihan lebih dari makhluk yang lain.
Begitulah sifat orang mukmin, yang disibuknya setiap hari adalah menyalahkan diri lalu membaiki diri, yang menjadi kesibukannya adalah dosa-dosa dirinya, bukan dosa orang lain. Sungguhpun dia nampak kesalahan orang lain yang menjadi hobinya adalah mendoakan kebaikan buatnya.

Makam Rasulullah yang dipercayai baru-baru ini akan di musnahkan oleh Kerajaan Saudi bagi meluaskan lagi keluasan Masjid Nabawi.
Apakah Rasulullah itu tidak punya musuh? Apakah Rasulullah itu tidak sedih islam di hina? Ya, kita semua pasti sedih bila islam itu dihina. Apakah sebab sebenar Allah menciptakan musuh hanya semata-semata untuk menghinaNya sendiri? Apakah kita tidak bersalah dengan Tuhan, walhal salah orang dengan Tuhan sangat kita marahkan? Setiap saat kita melupakan Tuhan, wajarkah Tuhan biarkan begitu sahaja? Kalau patut dikiralah, mahukah setiap masa yang kita lupakan Tuhan itu dihisab? Pasti kita mahukan keampunan dari Tuhan, pasti kita mahu Allah mengasihani kita kerana tidak mampu menghadapi siksaannya nanti.

Jenazah yang dipercayai cuba hendak mencuri jasad Rasulullah. Kita lihat bagaimana Allah sendiri membuat tindakan terhadap musuhNya.
Jadi sewajarnyalah kita membaiki diri, lagi-lagilah kita mendoakan musuh agar mendapat iman dan taqwa. Mereka yang hati sejahtera itu adalah mereka yang sangat mahukan keselamatan pada orang lain. Islam itu Allah pasti bela, tapi janji Allah itu adalah melalui tangan orang yang bertaqwa. Taqwa itu payah di usahakan, lagi-lagilah kalau Allah mahukan pembelaan itu hanya dari tangan-tangan orang yang bertaqwa.

Kurt Westergaard baru-baru ini mendapat pembalasan sendiri dari Tuhan kerana menghina Rasulullah SAW.
Bukankah sejarah telah menceritakan bagaimana islam itu menang di tangan-tangan orang yang bertqawa, bagaimana kisah Tholut dan Jalut, bagaimana kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dan banyak lagi. Apakah di ketika itu tidak ada yang menghina islam? Moga apa yang berlaku benar-benar menjadi pengajaran buat kita khususnya penulis ini sendiri.

No comments:
Post a Comment