Wednesday, 24 October 2012

Pengertian Haji





 Pengertian Haji


Mengerjakan haji  ertinya seseorang hamba itu membawa hatinya kepada Tuhan,
mengosongkan fikirannya dari memikirkan dunia
Hati yang merasa hancur luluh kerana takutkan Tuhannya
Hatinya fana daripada memikirkan dunia dan nikmatnya,
hanya kebesaran Tuhan sahaja dirasakannya
Membawa hati yang berdosa, menginginkan rahmat daripada Tuhan agar diampunkan dosanya
Hamba yang hatinya merasakan hina-dina, tidak berguna,
mengharapkan kemuliaan daripada Tuhannya
Hatinya yang penuh merasakan kebesaran, keagungan, kekuasaan dan kehebatan Tuhannya
Hati yang mengharapkan hidayah dan taufiq dari Tuhan sepanjang hayatnya
Inginkan keselamatan, keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan dari Tuhannya
Hati yang penuh mengharap dosa-dosanya diampunkan,
kesalahan-kesalahannya dimaafkan
Mengharap kepada Tuhan iman ditinggikan, taqwa ditambahkan, istiqamah dikekalkan
Hamba-hamba yang pergi menuju Tuhan, mengharapkan pandangan rahmat dari Tuhannya
Pergi haji seseorang hamba itu mengharapkan dosanya dihapuskan,
mati di dalam husnul khatimah yang diharapkan
Membawa hati yang derita kerana dosa-dosanya yang sudah dibuatnya, sedih dengan amalan yang tidak sempurna
Kekurangan amalannya agar ditampung, doanya diterima, kecuaiannya dimaafkan
Pergi haji seseorang itu rasa kesal di hadapan Tuhannya di atas kecuaian dan keterlanjuran
Hati yang penuh tawadhuk, khusyuk, malu berhadapan dengan Tuhannya
Selain itu, manakala melihat kesan sejarah, teringat para Rasul
Sahabat menderita dan terseksa kerana memperjuangkan kebenaran
Terkenang dan terasa sangat jasa-jasa mereka itu hingga Islam hidup berpanjangan
Kerana jasa merekalah Islam sampai kepada mereka ke akhir  zaman  dan mereka menganutinya
Teringat bagaimana kekasih Tuhan di dalam sejarah, cekal, sabar, redha menerima ujian
Apabila balik ke tanah air membawa perasaan yang insaf dan terkesan
Hingga perasaan itu menjadi pemangkin dan pendorong hendak berjuang sekalipun berhadapan dengan kesusahan
Mati angan-angan kepada dunia, rasa bertuhan dan hambanya  penuh di dalam perasaan
Jiwanya sangat hidup, perangainya sangat berubah, ibadahnya bertambah
Menjadi orang yang berkasih sayang, bertimbang rasa,
rasa bersama bekerjasama sesama manusia
Halus perasaannya, tinggi  kemanusiaannya, bertolak ansur dengan sesama
Itulah kesan seorang yang bertaqwa balik dari haji
Melahirkan manusia baru yang luar biasa, senang hati orang yang melihatnya
Orang yang macam itulah yang mendapat haji mabrur daripada Tuhannya
Pulang membawa jasadnya manusia, hatinya malaikat
Dosanya diampunkan Tuhan, bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan
Itulah dia orang Tuhan kesan daripada haji yang mabrur yang menggembirakan
Begitulah gambaran hati orang yang balik dari haji yang mendapat haji mabrur
Kalau begitu tentu sekali tidak ramai yang mendapatnya,
kerana haji yang mabrur itu sangat mahalnya


31.1.2004
Menjelang tidur

Tuesday, 23 October 2012

Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan


Lepas Asar
25 - 09 - 1999

Saturday, 20 October 2012

Aneh Kerja Tuhan


PELIK kita dengan kerja Tuhan

Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya

Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah
dan ada pengajaran
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan
Memang pelik dan unik
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang
yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur
Aneh yang memberi tidak dapat pahala,
yang kena beri dapat pahala
Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi
Apabila Tuhan murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang,
dibiarkan dia dimaki oleh orang
Mengapa orang yang Allah murka
dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan

Susun Selipar



Susun selipar sebenarnya sudah menjadi budaya dalam kehidupan para wali di masa dahulu, kebiasaan kita ambil acuh tak acuh kerana ia hanyalah nampak perkara yang remeh dan kecil sahaja. Pasti ada hikmah disebaliknya. Cuba kita lihat sejarah Imam Ghazali.. ( sila klik untuk kisah Imam Ghazali)

Keistimewaan & Kelebihan Bani Tamim

Berikut adalah rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith dan pandangan ulama’ berkaitan keistimewaan Bani tamim:

1. Rasul amat memuliakan Bani Tamim
2. Rasul mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh mencintai Bani Tamim
5. Abi Hurairah tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim
6. Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.
7. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.
8. Berjiwa besar
9. Amat berpegang dengan sunnah
10. Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai pengalaman rohaniah
11. Tetap pendirian.

Sky Design Pointer