Tuesday, 25 December 2012

Kisah Taubat di Zaman Nabi Musa


Ketika zaman Nabi Musa AS, tersebut kisah yang menyatakan kaum Bani Israil ditimpa kemarau berpanjangan. Mereka berjumpa Nabi Musa AS dan berkata: “Wahai Kalamullah, berdoalah kepada Tuhanmu supaya Dia menurunkan hujan kepada kami.”
Lalu Nabi Musa bersama umatnya yang ramai ketika itu, berjalan bersama-sama menuju satu kawasan lapang untuk berkumpul. Kemudian berdoalah Nabi Musa kepada Allah supaya diturunkan hujan ke atas tanah gersang itu.
Namun, hujan masih tidak kunjung tiba, sebaliknya matahari semakin memancarkan kepanasannya.
Kemudian Nabi Musa berdoa lagi dan kali ini Allah menjawab doanya dengan berfirman: “Bagaimana Aku akan menurunkan hujan kepada kalian, sedangkan di antara kalian ada seorang hamba di kalangan yang hadir berdoa, melakukan maksiat sejak 40 tahun lalu. Umumkanlah di depan manusia supaya dia berdiri di depan kalian semua. Kerana dialah Aku tidak menurunkan hujan untuk kalian.”
Lalu Nabi Musa mengumumkan firman Allah itu. Saat itu, seorang umatnya tahu dialah orang yang dimaksudkan. Lalu terbisik di hatinya: “Kalau aku keluar di depan manusia, akan terbukalah rahsia ku. Kalau aku tidak berterus-terang, hujan pun tidak akan turun.”
Hatinya menjadi gundah gulana hingga menitis air matanya sambil berkata dalam hati: “Ya Allah! Aku sudah melakukan maksiat kepada-Mu selama 40 tahun tetapi Engkau tidak pernah membuka aibku. Aku bertaubat kepada-Mu sekarang, maka terimalah taubatku.”
Saat itu langit mula mendung dan hujan mulai turun. Nabi Musa kehairanan kerana tidak ada seorang pun muncul untuk mengaku seperti dikehendaki Allah. Lalu Allah menyatakan bahawa orang itu bertaubat kepada-Nya.
Nabi Musa seraya berkata: “Tunjukkan aku siapakah hamba-Mu yang taat dan beriman itu.” Namun Allah menjawab: “Ya Musa, Aku tidak membuka aibnya padahal dia bermaksiat kepada-Ku. Apakah Aku membuka aibnya, sedangkan dia taat kepada-Ku!”

Tuesday, 4 December 2012

Bahayanya Tidak Rasa Diri Berdosa


Adakalanya seseorang itu tidak membuat dosa, boleh merosakkannya
Kerana dia terasa suci dan bersih dari dosa
Takutnya kepada Tuhan pun hilang, maka rasa kehambaannya hilang pula
Bahaya bagi seseorang hamba yang sudah hilang rasa kehambaannya
Adakalanya seseorang itu ada sedikit cacat celanya untuk menyelamatkannya
Di waktu dia tercacat, dia merasakan sangat berdosa
Jiwanya pun menderita, maka itulah yang Tuhan suka
Di situ ada rahsia dia dapat kekalkan sifat hambanya
Itulah yang Tuhan mahu dan suka
Di sini barulah kita faham, orang yang tidak membuat dosa pun kenalah rasa berdosa
Kerana merasa berdosa itu adalah sifat hamba
Rasa kehambaan mestilah dikekalkan setiap masa
Begitulah rahsia Tuhan kepada kita
Ada yang nampaknya positif, dia akan jadi negatif
Ada yang nampaknya negatif tapi dia akan jadi positif
Tapi ini bukan pula dibuat-buat
Biarlah ia terjadi tanpa kehendak kita
Ia adalah rencana dari Tuhan di luar kuasa kita
Bukan rencana dari kita
Rencana dari kita tidak ada hikmahnya
Rencana dari Tuhan ada hikmahnya
Maha Besar Tuhan! Maha Suci Tuhan daripada membuat perkara yang sia-sia

6.5.2003
Menjelang Zuhur

Sunday, 25 November 2012

Berhati-hatilah Kita Berperasaan

Siapa yang beribadah dan dapat membuat baik dia rasa hasil usahanya,
bukan anugerah Tuhan dia syirik dengan Tuhannya
Dia membuat baik hasil kemampuannya dia telah melupakan Tuhannya
Dia tidak beradab lagi dengan Tuhannya
Padahal usaha itu adalah kuasa dan kehendak Tuhannya
Segala-galanya adalah dari Tuhan yang berkehendak
Kehendak kita itu adalah kehendak Tuhan
Kalau Tuhan tidak berkehendak, kehendak kita itu tidak akan diciptakan
Kalau bukan kuasa Tuhan dan kehendak Tuhan
kita tidak akan berkehendak
Kita tidak akan berkehendak kalau bukan kehendak Tuhan
Kalau bukan kehendak Tuhan usaha kita tidak akan ada
Ramai orang terperangkap dengan usaha-usahanya
Ramai orang syirik dengan Tuhan oleh usaha-usahanya
Begitulah seterusnya orang rasa berjaya dengan kebolehannya syirik dengan Tuhan
Orang merasa dengan kepandaiannyalah dia
berjaya, syirik dengan Tuhan
Orang yang rasa beribadah dengan tenaganya,
syirik dengan Tuhan
Kerana itulah Tuhan ajarkan kita apabila berjaya
Bertasbih sucikan Tuhan, memuji-Nya dan meminta ampun kepada-Nya
supaya syirik bersih dari perasaan kita
Kerana syirik itu sangat halus datang di dalam hati
Adakalanya tanpa disedari ia menyelinap di dalam jiwa
Kalau Tuhan tidak selamatkan kita susah hendak elakkan syirik khafi
Berhati-hatilah kita berperasaan agar ia tidak menipu kita

16.10.2004
Selepas Asar
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 23 November 2012

Akal Sebagai Guru

Akalku adalah guru pertama dan utamaku
Aku banyak belajar dengannya, bahkan sekarang masih sering belajar dengannya belum pernah berhenti
Dia selalu beri aku ilmu,aku bertanya dia menjawabnya
Berbagai-bagai ilmu aku belajar dengannya
Aku belajar ilmu Akhirat dan aku juga belajar ilmu dunia dengannya
Guruku itu sangat pintar, jarang pertanyaanku tidak dijawabnya
Guruku itu sedikit sangat dia mendapat ilmu dari buku atau kitab
Guruku belajar dengan alam, dengan
kehidupan, dengan kejadian, dengan isu semasa yang dia lihat mahupun yang dia dengar
Akal yang menjadi guruku itu sering mendapat ilmu daripada raja diriku iaitu hatiku
Dengan itu ilmu itu tercapai lagi, diproses lagi,
dinilai lagi, dihalusi lagi,
dikeluarlah ilmu yang seni-seni
Buahnya lahirlah ilmu di dalam ilmu, di dalam ilmu ada rahsia, iaitu ilmu hikmah yang tidak ada di dalam buku dan kitab
Maha Besar Tuhan yang cara itulah Dia memberi ilmu kepada guru utama dan pertamaku iaitu akalku
Kemudian aku belajar dengannya, amat seronok tidak jemu-jemu
Jarang aku dikecewakannya, apa sahaja pertanyaanku dapat dijawabnya
Berbagai-bagai ilmu yang aku tanya, tetap dijawabnya
Dia guruku itu tidak jemu-jemu memberi ilmu,
ada sahaja ilmu yang diberinya
Ilmunya itu yang aku sampaikan atau yang aku ajarkan kepada murid-muridku
Murid-muridku itu pula tidak jemu-jemu menerimanya, mahu lagi,
menunggu lagi, apa lagi
Guruku itu berbagai-bagai ilmu yang
diajarkannya kepadaku
Ilmu agama, sejarah, politik, falsafah, saikologi,
budaya, masyarakat, isu semasa
dan lain-lainnya
Jangan sahaja dia melihat, mendengar, dia
boleh memberi ilmu,
apa yang dia dengar dan apa yang dia lihat
Rupanya guruku itu iaitu akalku buku atau kitab atau surat khabar yang dibacanya adalah alam semesta
Kehidupan yang dilaluinya, kejadian alam,
tingkah laku manusia padanya semuanya jadi ilmu
Kerana itulah guruku itu ilmunya seluas alam semesta
Sayang sekalilah kalau ada manusia hanya belajar dengan buku atau kitab
tapi tidak belajar sama dengan akalnya
Padahal akalnya itu dia adalah guru utama dan pertama kepada manusia
Belajar dari buku atau kitab dia jadi beku kalau tidak belajar bersama dengan akalnya
2.3.2004
Menjelang tidur
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 17 November 2012

Akibat Tidak Mengenal Diri



Manusia ini kalau dari kecil tidak dididik rohaninya
Hanya diberi ilmu syariat-syariat yang lahir-lahir sahaja
Dia akan lebih kenal orang lain dari dirinya
Kejahatan orang lain dia lebih nampak dari kejahatan dirinya sindiri
Orang lain sombong atau ego dia nampak,
pada masa yang sama ego dirinya lebih besar dari orang itu dia tidak terasa
Di waktu dia susah orang tidak membantunya dia terasa
padahal dia sendiri tidak pernah membantu orang
dia tidak terasa satu kesalahan
Orang mementingkan diri dia tersinggung,
Dia mementingkan diri dia tidak sedar yang sudah jadi budaya
Orang lain bakhil dia nampak  tidak patut,
dia sendiri bakhil seolah-olah tidak mengapa
Orang tidak sabar dia nampak sangat,
dia tidak sabar payah dia hendak memahaminya
Begitulah manusia jika tersalah didik dari kecilnya
Soal-soal roh atau hati,
yang ada hubungan dengan mahmudah dan mazmumah
tidak pernah dia kenal
Kalaupun dia diajar tentang Islam
hanya banyak menekankan syariat lahir semata-mata
Akibatnya dia tidak kenal diri-sendiri
Tidak kenal diri sendiri ertinya tidak boleh nilai diri
Tidak boleh nilai diri sendiri, kejahatan orang lainlah yang dia nampak
Kejahatan diri sendiri dia tidak nampak
Kejahan diri sendiri dia tidak sedari
Oleh itu orang ini selalu sahaja menuding jari kepada orang lain
Dirinya terkecuali daripada kesalahan
Ramai manusia di dunia hari ini bersikap begini.

2.12.2002-1
Waktu Dhuha

Monday, 12 November 2012

Berilah Aku Kekuatan Menjaga Diri

 
Ya Allah Tuhan yang menjadikan hamba-Mu ini
Hamba-Mu yang dhaif lagi lemah
Yang nafsu selalu menggoda, syaitan sentiasa mempedaya
Bagaimanalah aku boleh bersih dari dosa
Bagaimanalah aku boleh lari dari bersalah
Ya Allah aku memohon dengan rahmat-Mu
Aku meminta dengan kasih sayang-Mu
Berilah aku kekuatan menjaga diri
Dari godaan nafsu dan tipu daya syaitan
Kalau aku membuat dosa dan kesalahan
Ingatkanlah aku untuk bertaubat
Taubatku itu Engkau terimalah
Begitulah setiap kali aku membuat dosa
Engkau ingatkan lagi untuk bertaubat
Seterusnyalah Engkau terimalah taubatku lagi
Kerana orang yang bertaubat seperti orang yang tidak berdosa
Moga-moga apabila aku kembali kepada-Mu
Bersihlah aku dari dosa-dosa
Kemurkaan-Mu pun sudah tiada lagi
Selamatkanlah aku daripada Neraka
Aku lemah, yang aku harapkan dari-Mu Tuhan
Terimalah permintaanku ini ya Rahim, ya Rahman

 
24.7.2002
10.00 malam
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 10 November 2012

Alangkah Payahnya Menjaga Hati


Alangkah payahnya menjaga hati
Sekalipun berhati-hati
Bila orang puji berbunga
Apabila orang keji, aduh sakitnya macam kena cucuk atau kena tusuk
Apabila membuat kebajikan
Mendesak-desak sahaja hendak bercerita
Jika tidak bercerita rasa terseksa
Di sini ada glamour
Di sinilah ada nama
Oh, ruginya kalau tidak dicerita
Bila berpidato, orang mengangguk-angguk
Boleh tahan juga aku ini, bisiknya
Kalau melihat orang lain ada mempunyai kelebihan
Aduh, macam makan buah pahit rasanya
Hati kerut membawa ke muka
Atau muka masam macam cuka
Apabila melihat kawan-kawan mempunyai kelemahan-kelemahan
Hati mendesak-desak hendak mengata atau menghina
Aduh, susahnya menjaga hati!
Aduh, di manakah keikhlasan?!
Sedangkan hati adalah tempat pandangan Tuhan


Selepas Asar
28.4.97

Friday, 9 November 2012

Aku Hamba Yang Lemah Wahai Tuhan


Tuhan! Engkau suruh aku bermujahadah
Aku cuba bermujahadah, mujahadahku adalah kehendak dan kuasa Engkau,
aku tiada kuasa apa-apa
Kalau Engkau kehendaki jadi, jadilah mujahadahku
Engkau arahkan aku menjauhi dosa
Aku berusaha meninggalkannya,
usahaku juga adalah di dalam kekuasaan dan kehendak Engkau
Aku tidak ada kuasa sedikit pun di dalam soal ini
Kalau aku gagal ampunkanlah aku Tuhan
Tuhan! Engkau suruhku melaksanakan suruhan Engkau
Aku berusaha melakukannya,
tapi aku telah katakan usahaku juga adalah kepunyaan Engkau
Kalau aku lemah melaksanakannya ampunkan aku Tuhan
Aku adalah hamba-Mu, lemah, dhaif, tiada kuasa pun
Walaupun aku berkehendak membuat baik dan menjauhkan kejahatan
Kehendakku juga adalah tertakluk dengan kehendak dan kuasa Engkau
Jika kehendak Engkau berlawanan dengan kehendakku,
kehendak Engkau jugalah yang berlaku dengan hikmah yang tersembunyi
Kehendakku terbatal sama sekali dengan keadilan Engkau
Padahal kehendakku yang terbatal itu adalah juga dari kuasa dan kehendak Engkau pada hakikatnya
Aku hamba-Mu tiada kuasa apa-apa
Segala-galanya bergantung dengan kuasa dan kehendak Engkau
Dengan rahmat-Mu Tuhan aku pohon kepada-Mu segala kehendakku yang baik biarlah selari dengan kehendak Engkau
Sudah tentu kehendakku itu terjadi
Jika kehendakku yang jahat itu,
walaupun hakikatnya dari kehendak dan kuasa Engkau
Engkau kan ada kehendak yang tersendiri pula
Biarlah kehendakku itu berlawanan dengan kehendak Engkau,
agar ia tidak terjadi
Agar aku terselamat dari dosa dan derhaka
Takdirkanlah aku membuat kebaikan itu sama dengan kehendak Engkau
Jika ditakdirkan juga segala kejahatan yang Engkau kehendaki biarlah Engkau takdirkan juga dengan tidak kehendak Engkau
Jika  kegagalan itu bersamaan dengan kehendak dari Engkau ia tidak akan terjadi,
selamatlah aku
Tuhan! Segala kebaikan untukku, aku serahkan kepada-Mu Tuhan mentakdirkannya
Agar kehendakku itu terjadi, beruntunglah aku
Memang setiap kebaikan dan kejahatan yang terjadi itu ada hikmah yang tersembunyi
Maha Suci Engkau daripada menzalim

6.5.2003
Menjelang Zuhur

Wednesday, 7 November 2012

Akhlak Yang Mulia



Senyum adalah sedekah
Sedekah tanpa wang dan harta
Bermesra adalah juga sedekah, tanpa menginfakkan harta benda
Ia boleh membawa persaudaraan dan kasih sayang sesama manusia
Bertolak ansur juga disukai Allah
Berlaku di dalam pergaulan orang sangat suka
Ia boleh menghilangkan perbalahan di dalam pergaulan manusia
Orang senang, orang suka, orang akan mesra
Berlebih kurang orang sangat suka
Orang suka berkawan, orang suka bermesra, orang suka dengar cerita
Di dlm kehidupan sangat diperlukan oleh sesiapa juga
Agar orang sayang dengan kita
Bertegur sapa, beramah mesra, tanya-bertanya orang suka
Orang senang dan suka dengan kita
Orang ingin berkenal dan berjumpa dengan kita
Di masa perantauan, di tempat  orang, orang senang menerima kita tetamu mereka
Di mana pergi ringan tulang, mudah menolong orang, orang suka
Orang suka bergaul dengan kita, boleh jadi juga suka berkawan dengan kita
Mudah dan senang orang mengajak ke rumahnya menjadi tetamunya
Sifat-sifat tadi kalau dibawa ke mana-mana orang suka
Ia kita jadikan sebagai budaya di dalam kehidupan kita
Ke mana sahaja kita pergi mudah dapat kawan dan kenalan
Semua sifat-sifat tadi adalah harta manusia di dalam kehidupan mereka

11.3.2004 � 3
Menjelang tidur

Tuesday, 6 November 2012

Mengapa Salahkan Musuh?

Mengapa salahkan musuh?
Bukankah memang begitu kerja dan sifat musuh?




Saya umpamakan seekor nyamuk, sudah Allah jadikan nyamuk itu kerjanya menghisap darah, jadi kerja kita adalah membenteng dirilah. Bukan menyalahkan nyamuk itu, kalau kita marahkan nyamuk itu beerti kita marahkan Allah kerana nyamuk itu ciptaan Allah. Tetapi nyamuk pun pernah Tuhan jadikan sebagai tenteranya untuk membunuh Raja Namrud. Walhal binatang yang Tuhan ciptakan yang tidak punya akal pun tahu berdoa kepada Tuhannya, lagi-lagilah manusia yang Allah kurniakan kelebihan lebih dari makhluk yang lain.

Begitulah sifat orang mukmin, yang disibuknya setiap hari adalah menyalahkan diri lalu membaiki diri, yang menjadi kesibukannya adalah dosa-dosa dirinya, bukan dosa orang lain. Sungguhpun dia nampak kesalahan orang lain yang menjadi hobinya adalah mendoakan kebaikan buatnya.


Makam Rasulullah yang dipercayai baru-baru ini akan di musnahkan oleh Kerajaan Saudi bagi meluaskan lagi keluasan Masjid Nabawi.


Apakah Rasulullah itu tidak punya musuh? Apakah Rasulullah itu tidak sedih islam di hina? Ya, kita semua pasti sedih bila islam itu dihina. Apakah sebab sebenar Allah menciptakan musuh hanya semata-semata untuk menghinaNya sendiri? Apakah kita tidak bersalah dengan Tuhan, walhal salah orang dengan Tuhan sangat kita marahkan? Setiap saat kita melupakan Tuhan, wajarkah Tuhan biarkan begitu sahaja? Kalau patut dikiralah, mahukah setiap masa yang kita lupakan Tuhan itu dihisab? Pasti kita mahukan keampunan dari Tuhan, pasti kita mahu Allah mengasihani kita kerana tidak mampu menghadapi siksaannya nanti.


Jenazah yang dipercayai cuba hendak mencuri jasad Rasulullah. Kita lihat bagaimana Allah sendiri membuat tindakan terhadap musuhNya.


Jadi sewajarnyalah kita membaiki diri, lagi-lagilah kita mendoakan musuh agar mendapat iman dan taqwa. Mereka yang hati sejahtera itu adalah mereka yang sangat mahukan keselamatan pada orang lain. Islam itu Allah pasti bela, tapi janji Allah itu adalah melalui tangan orang yang bertaqwa. Taqwa itu payah di usahakan, lagi-lagilah kalau Allah mahukan pembelaan itu hanya dari tangan-tangan orang yang bertaqwa.


Kurt Westergaard baru-baru ini mendapat pembalasan sendiri dari Tuhan kerana menghina Rasulullah SAW.


Bukankah sejarah telah menceritakan bagaimana islam itu menang di tangan-tangan orang yang bertqawa, bagaimana kisah Tholut dan Jalut, bagaimana kisah Sultan Muhammad Al-Fateh dan banyak lagi. Apakah di ketika itu tidak ada yang menghina islam? Moga apa yang berlaku benar-benar menjadi pengajaran buat kita khususnya penulis ini sendiri.

Monday, 5 November 2012

Ciri-ciri Orang Yang Lemah Jiwa

Di antara ciri-ciri orang yang lemah jiwa banyak macamnya
Memuji diri termasuk orang lemah jiwa kerana hendak menghibur hatinya
Termasuk juga ingin dipuji tanda lemah jiwa
Kalau tidak dipuji terseksa jiwanya
Termasuk yang lemah, jiwa rasa bangga, hati selalu berbunga apabila berjaya
Hairankan diri termasuk juga lemah jiwa
Ego atau sombong lebih-lebih lagilah lemah jiwa
Dia ambil sifat yang bukan sifatnya
Itu adalah sifat Tuhan yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa
Rupanya lemah jiwa orang yang berjaya dengan orang yang tidak berjaya tidak sama
Orang yang tidak berjaya rasa kecewa,
kemuncaknya putus asa begitulah lemah jiwanya
Yang berjaya seperti yang telah dicerita
Orang yang tidak lemah jiwa biasa sahaja, tenang hidupnya
Samada hidupnya berjaya mahupun hidupnya tidak berjaya
Orang yang kuat jiwanya macam mana pula agaknya?
Bagaimana pun keadaan hidupnya tenang sahaja
Di dalam keadaan apa pun sama sahaja
Mengapa seseorang itu kuat jiwanya
Apakah rahsianya kuat jiwanya?
Kerana dia kuat dengan Tuhannya
Dia tahu rahsia Tuhan mengapa dia
diperlakukan oleh Tuhannya
Kerana Tuhannya dia tenang sahaja

7.9.2004
Menjelang tidur
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 3 November 2012

2 Taufan?


Seperti yang sudah sedia maklum baru-baru ini kita digemparkan dengan berlakunya kejadian "dua ribut". Ribut pertama adalah Taufan Sandy yang telah berlaku di New York. Sejarah banyak telah berlaku di zaman para nabi menjadi pengajaran bagi umat manusia sebagai peringatan dan pengajaran. Namun hati kecil saya ini mahu bercakap apa yang dirasakan oleh saya. Ya, ribut, banjir, itu bencana/bala tuhan. Tetapi adakalanya Tuhan datangkan dengan maksud sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada hamba-hambaNya. Jadi di sini saya tidak berani hendak menyatakan bahawa ia benar-benar bala atau sebaliknya. Hanya Tuhan yang tahu apa maksud sebenarnya. Bila bertanya pada hati, sebenarnya itu ada maksud Tuhan, bertaubatlah, perbanyakkan lagi membaiki diri agar tidak berlaku kemurkaan Tuhan kepada kita, adakah Tuhan marah, Tuhan murka atau Tuhan suka?

Bila difikirkan semula bagaimanalah kalau ianya berlaku di Malaysia? Kita masih berbuat jahat, masih melakukan maksiat, semua ini pasti mengundang kemurkaan Tuhan. Ya, Tsunami itu Allah datangkan, Abuya kata itu kasih sayang Tuhan, hendak tukar dunia yang berdosa kepada dunia yang sejahtera. Kalau hendak ditukarkan dunia yang sejahtera beerti di dalamnya ada orang-orang yang "hati mereka sejahtera". Jadi bilamana kita mendapat pengkhabaran dari Abuya beerti kitalah kena berusaha ke arah hati yang sejahtera. Bukan 'bangga' bahawa Tuhan 'membela' kita. Tidak, pembelaan Tuhan itu hanyalah untuk orang-orangNya, bukan kita, kalau ianya sebagai "hadiah" sepatutnya kita kena sedar, "hadiah" itu orang lain yang punya, bukan kita yang punya kerana kita adalah orang yang membuat banyak dosa. Apakah benar-benar taufan itu pembelaan Tuhan pada kita? Atau ianya "amaran" pada kita?



Taufan yang kedua ini mungkin agak menariklah kepada sesetengah pihak. Tetapi saya tamsilkan jugalah seperti apa yang saya perkatakan di atas tadi...

"Tuhan, berilah iman dan taqwa kepada mangsa Taufan Sandy, selamatkanlah Malaysia dari bala bencana, ampunkanlah dosa-dosa kami, buatkanlah semua atas keberkatan orang-orangMu...."

Wednesday, 24 October 2012

Pengertian Haji





 Pengertian Haji


Mengerjakan haji  ertinya seseorang hamba itu membawa hatinya kepada Tuhan,
mengosongkan fikirannya dari memikirkan dunia
Hati yang merasa hancur luluh kerana takutkan Tuhannya
Hatinya fana daripada memikirkan dunia dan nikmatnya,
hanya kebesaran Tuhan sahaja dirasakannya
Membawa hati yang berdosa, menginginkan rahmat daripada Tuhan agar diampunkan dosanya
Hamba yang hatinya merasakan hina-dina, tidak berguna,
mengharapkan kemuliaan daripada Tuhannya
Hatinya yang penuh merasakan kebesaran, keagungan, kekuasaan dan kehebatan Tuhannya
Hati yang mengharapkan hidayah dan taufiq dari Tuhan sepanjang hayatnya
Inginkan keselamatan, keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan dari Tuhannya
Hati yang penuh mengharap dosa-dosanya diampunkan,
kesalahan-kesalahannya dimaafkan
Mengharap kepada Tuhan iman ditinggikan, taqwa ditambahkan, istiqamah dikekalkan
Hamba-hamba yang pergi menuju Tuhan, mengharapkan pandangan rahmat dari Tuhannya
Pergi haji seseorang hamba itu mengharapkan dosanya dihapuskan,
mati di dalam husnul khatimah yang diharapkan
Membawa hati yang derita kerana dosa-dosanya yang sudah dibuatnya, sedih dengan amalan yang tidak sempurna
Kekurangan amalannya agar ditampung, doanya diterima, kecuaiannya dimaafkan
Pergi haji seseorang itu rasa kesal di hadapan Tuhannya di atas kecuaian dan keterlanjuran
Hati yang penuh tawadhuk, khusyuk, malu berhadapan dengan Tuhannya
Selain itu, manakala melihat kesan sejarah, teringat para Rasul
Sahabat menderita dan terseksa kerana memperjuangkan kebenaran
Terkenang dan terasa sangat jasa-jasa mereka itu hingga Islam hidup berpanjangan
Kerana jasa merekalah Islam sampai kepada mereka ke akhir  zaman  dan mereka menganutinya
Teringat bagaimana kekasih Tuhan di dalam sejarah, cekal, sabar, redha menerima ujian
Apabila balik ke tanah air membawa perasaan yang insaf dan terkesan
Hingga perasaan itu menjadi pemangkin dan pendorong hendak berjuang sekalipun berhadapan dengan kesusahan
Mati angan-angan kepada dunia, rasa bertuhan dan hambanya  penuh di dalam perasaan
Jiwanya sangat hidup, perangainya sangat berubah, ibadahnya bertambah
Menjadi orang yang berkasih sayang, bertimbang rasa,
rasa bersama bekerjasama sesama manusia
Halus perasaannya, tinggi  kemanusiaannya, bertolak ansur dengan sesama
Itulah kesan seorang yang bertaqwa balik dari haji
Melahirkan manusia baru yang luar biasa, senang hati orang yang melihatnya
Orang yang macam itulah yang mendapat haji mabrur daripada Tuhannya
Pulang membawa jasadnya manusia, hatinya malaikat
Dosanya diampunkan Tuhan, bersih daripada dosa macam bayi yang baru dilahirkan
Itulah dia orang Tuhan kesan daripada haji yang mabrur yang menggembirakan
Begitulah gambaran hati orang yang balik dari haji yang mendapat haji mabrur
Kalau begitu tentu sekali tidak ramai yang mendapatnya,
kerana haji yang mabrur itu sangat mahalnya


31.1.2004
Menjelang tidur

Tuesday, 23 October 2012

Susahnya Mencari Kawan Yang Setia

Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran dialah yang memberi pandangan
Ketika tidak ada apa yang hendak dimakan, diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
kerana faham masalah kawan
Apatah lagi apabila diminta
Waktu sakit diziarahi
Di waktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan
Kesusahan kawan kesusahannya
Kesedihan kawan adalah kesedihannya
Keluarganya dijaga dan diambil berat tentang kehidupannya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga
Ia merasakan maruah diri sendiri juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa
Kebaikannya dicerita-cerita dan dipuji-puji di belakangnya
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat
Mengutamakan kawan dari dirinya
Selepas mati keluarganya tetap dihubungi
Silaturrahim dengan keluarganya terus bersambung
Susah payah keluarga kawannya selepas mati tetap ditolong
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan
Kerana belum boleh setia dengan kawan


Lepas Asar
25 - 09 - 1999

Saturday, 20 October 2012

Aneh Kerja Tuhan


PELIK kita dengan kerja Tuhan

Kita pun tidak tahu apa hikmah sebenarnya

Tapi kita yakin setiap kerja Tuhan itu mesti berhikmah
dan ada pengajaran
Cuma kita tidak dapat menyingkap rahsia-Nya
Mari kita lihat sedikit kerja Tuhan
Memang pelik dan unik
Apabila Allah Taala murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu berlaku zalim pada seseorang
Agar dia derhaka dan berdosa
Bila Tuhan cinta kepada seseorang, dia dizalimi oleh seseorang
Maka dia pula mendapat pahala menghapuskan dosanya
Begitu juga seseorang yang diberi rezeki secara istidraj
Ertinya mendapat rezeki secara murka
Kemudian dialirkan sebahagian rezeki kepada seseorang
yang bertaqwa dengan tidak ikhlas
Yang diberi rezeki mendapat pahala kerana dia bersyukur
Aneh yang memberi tidak dapat pahala,
yang kena beri dapat pahala
Begitulah seterusnya sebagai satu contoh lagi
Apabila Tuhan murka kepada seseorang,
didorongnya orang itu memaki seseorang
Kemudian jika Tuhan cinta kepada seseorang,
dibiarkan dia dimaki oleh orang
Mengapa orang yang Allah murka
dibenarkan menyusahkan orang?!
Tapi orang yang dicintainya disusahkan oleh orang
Aneh kerja Tuhan
Kalau kita tidak faham mungkin kita menyalahkan Tuhan
Maha Besarnya Tuhan daripada melakukan kesalahan

Susun Selipar



Susun selipar sebenarnya sudah menjadi budaya dalam kehidupan para wali di masa dahulu, kebiasaan kita ambil acuh tak acuh kerana ia hanyalah nampak perkara yang remeh dan kecil sahaja. Pasti ada hikmah disebaliknya. Cuba kita lihat sejarah Imam Ghazali.. ( sila klik untuk kisah Imam Ghazali)

Keistimewaan & Kelebihan Bani Tamim

Berikut adalah rumusan yang dapat di catatkan berdasarkan hadith dan pandangan ulama’ berkaitan keistimewaan Bani tamim:

1. Rasul amat memuliakan Bani Tamim
2. Rasul mengkagumi Bani Tamim pada hayat Baginda
3. Rasul menegah memburuk-buruk Bani Tamim
4. Rasul menyuruh mencintai Bani Tamim
5. Abi Hurairah tidak pernah sekali pun memarahi Bani Tamim
6. Kelompok yang paling ramai dimasukkan ke dalam syurga atas jalan syafaat.
7. Bila dikatakan mereka adalah antara umat Baginda Rasul SAW yang paling ramai memasuki syurga atas jalan syafaat; bermakna kelompok Bani Tamim ini amat bersandar dengan berkat Rasulullah SAW, Imam Mahdi dan Fata At-Tamimi. Justeru itu tidak hairan kelompok Bani Tamim inilah yang paling serius dalam menghayati konsep tabarruk dan tawassul.
8. Berjiwa besar
9. Amat berpegang dengan sunnah
10. Menjelaskan kebenaran mimpi / mempunyai pengalaman rohaniah
11. Tetap pendirian.

Sky Design Pointer